Showing posts with label Technique. Show all posts
Showing posts with label Technique. Show all posts

Thursday, August 6, 2009

Candat Sotong

Mencandat sotong kaedah tradisi yang tidak mengunakan cara moden. Didalam pasaran sekarang ada berbagai-bagai jenis candat dan jenama yang dibuat mengingkut keadaan semasa.


Ada berberapa nama candat yang biasa digunakan diantaranya ialah Candat Twist, Candat Udang, Candat Umpan, Candat Buntai dan beberapa jenis lagi. Alat candat adalah kail yang mempunyai sehingga sepuluh mata atau lebih yang dilekatkan pada timah dan dibaluti dengan kain yang berwarna warni, tetapi kini mata kail dihiasi umpan tiruan anak ikan atau udang plastik yang berkilat, berbanding alat candat tradisional yang dikenali sebagai candat twist. Kesesuaian candat dengan sotong yang hendak ditangkap juga perlu diambil kira. Disini kita tekankan dengan penangkapan /mencandat sotong torok, cumit-cumit, ketupat dan sotong jarum sahaja kerana cara mencandat sotong mengabang, sotong katak dan kurita ada sedikit perbezaannya.

MUSIM ATAU MASA YANG SESUAI

Setiap akhir Mac hingga Julai, ialah musim yang paling sesuai untuk menangkap/mencandat sotong kerana angin kencang musim tengkujuh timur laut di Laut China Selatan mulai reda, maka musim sotong mengawan dan bertelur akan bermula. Ini bermakna sotong-sotong yang jauh dari laut dalam mula berkunjung ke tempat-tempat tertentu untuk bertelur di sekitar perairan Terengganu terutama berhampiran Pulau Kapas, Pulau Bidong, Pulau Redang dan beberapa tempat lain. Apabila musim mencandat tiba, di sekitar perairan Kemaman, Paka, Dungun, Merchang, Marang, Kuala Terengganu, Batu Rakit dan Penarik bagaikan berpesta dengan kerlipan lampu kalimantang yang dipasang saban malam. Kehadiran lampu kalimantang yang berkerlipan itu bertujuan menarik perhatian sotong yang sedang mengawan di kawasan berkenaan untuk berkumpul dan bermain di sekitar kawasan yang diterangi cahaya lampu berkenaan. Kebiasaanya waktu mencandat sotong bermula senja dan berhenti apabila fajar menyingsing.

Rezeki akan bertambah kiranya seseorang yang menjumpai kawasan sotong bertelur, iaitu tempat berjuta-juta sotong berkumpul dan bertelur pada satu tempat. Tempat ini juga dikenali sebagai “Kandang Sotong”. Kandang sotong yang dihuni oleh berjuta-juta sotong ini tidak terdapat seekor ikan pun kerana tahap permakanan sotong ini terlalu egresif sehinggakan mereka memakan diantaranya (sama sendiri). Jika terdapat ikan pun ialah ikan tenggiri, tasik atau jerung yang berada diluar kawasan sekitarnya untuk memakan sotong itu. Di tempat begini candat twist yang paling efektif sekali, dengan kaedah appolo, candat diikat dua atau tiga pada mainline. Kebiasaanya candat yang diturunkan belum sampai ke dasar sudah ada sotong melekat pada candat.
Mencandat sotong biasanya jarang dilakukan apabila bulan mengambang penuh kerana ketika itu sotong bergerak bebas, ada juga yang mencandat pada waktu begini kerana ianya tidak memberi target yang tertentu seperti di tempat kandang sotong atau di sekitarnya. Adakalanya juga mendapat hasil yang lumayan. Bagaimanapun, sotong yang ditangkap pada bulan mengambang lebih besar saiznya berbanding yang ditangkap pada bulan gelap. Sebaliknya, saiz badan yang gemuk itu akan berubah menjadi panjang selepas bulan penuh. Dimasa bulan gelap lebih sesuai kerana lampu yang di pasang akan menarik perhatian sotong untuk mendekati cahaya.
Seorang pencandat yang mahir akan memasang tiga atau empat candat pada satu tali. Setiap seorang pencandat mampu memperolehi antara 200 hingga 300 kilo sotong semalaman jika mereka mencandat di kandang sotong.

JENIS CANDAT DAN CARA PENGUNAANNYA.

1.Candat Twist- candat twist biasanya dibuat daripada timah sebagai pemberat, ia juga dilekatkan matakail yang bersisir dibawahnya. Biasanya ia dilengkap dengan lapan atau lebih matakail yang berfungsi sebagai penyangkut sotong. Badannya dibaluti dengan kain yang biasanya berwarna putih/merah, putih/hijau dan putih/biru. Cara menggunakannya ialah memasukan terus dari tangkal candat ke cili yang diikat dari mainline. Tidak perlu mengunakan perambut. Apabila candat diturunkan, lakukan aksi menarik dan menghulur ke dalam air yang disuluh lampu kalimantang. Sotong akan tertarik dengan pergerakan candat yang disangka makanan dan menyambarnya. Ketika itu, terus menyentap tali dan sotong akan terlekat pada mata kail berkenaan. Candat twist sesuai untuk sotong torok, ketupat dan sotong jarum. Candat twist juga sesuai digunakan untuk sotong mengabang dan sotong katak apabila berada di kawasan unjam atau tukun sahaja.

2. Candat umpan – berbentuk panjang yang dibuat daripada besi sebesar lidi dan bersisir dengan matakail dibawahnya. Ia juga dilengkapi dengan lapan atau lebih matakail yang biasa dibuat sendiri. Ada juga candat ini yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan yang mempunyai dua sisir matakail tanpa mempunyai teracat. Cara mengunakannya ialah mencucuk ikan sebagai umpan. Ikan akan dicucuk dari ekor sehingga ke dalam mulut ikan itu dan disangkut mengunakan cili dari atas kepala memasuki lubang candat dan seterusnya disangkut sekali lagi memasuki bawah kepala ikan sebelum menuntup cili itu. Ada satu lagi kaedah dengan menggunakan dawai yang diikat daripada perambut dan dicucuk sama dengan kaedah menggunakan cili dan dibelit dawai tersebut sebagai pengikatnya. Seterusnya candat tadi boleh digunakan dengan batu hidup atau ranggung (samaada yang dibuat daripada tanduk atau tangsi yang bersaiz besar) yang memerlukan perambut antara tiga hingga lima meter panjang. Masa mengunakan candat umpan, kita digalakkan untuk melabuhkan dua atau tiga candat ini dengan kedalaman air, bermakna satu didasar, kedua ditengah-tengah air dan satu lagi berada di permuakaan air. Untuk permukaan air, pemberat tidak perlu digunakan dan seelok-eloknya menggunakan pelampung. Ikan tambang, selayang, dan ikan kacang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai umpan. Saiz ikan hendaklah tidak melebihi panjang candat tersebut.

3.Candat Udang- Rasanya baru diperkenalkan atau diguna secara umun, berkemungkinan dalam tujuh tahun lepas(belum pasti). Candat ini sangat sesuai digunakan untuk mencandat sotong mengabang. Dengan bentuk yang solid dan dapat mengimbangi badan di dalam air memberi kelebihan candat ini menarik perhatian sotong. Cara mengguna hampir sama dengan candat umpan yang memerlukan ranggung untuk dihulurkan pada dasar. Kebiasaannya dua atau tiga kaki dari dasar laut.

Pemancing perlu bekas umpan kecil sendiri

PETUA untuk memastikan ikan atau sotong umpan sentiasa berada dalam keadaan segar jika tidak diletakkan dalam keadaan hidup dalam satu tempat khas yang ada oksigen; tentunya bahan umpan itu dimasukkan dalam peti sejuk. Yang sebaik-baiknya peti sejuk itu tidak kerap atau sewenang-wenangnya dibuka bagi memastikan tahap sejuknya berterusan.

Langkah terbaik ialah pemancing boleh mengambil beberapa ekor sotong dan ikan (jenis selayang atau selar) dimasukkan dalam bekas umpan. Bekas yang sebaik-baiknya ialah yang kecil kerana saiz ini mampu mengekalkan tahap sejuknya.

Bekas umpan ini elok tidak dikongsi. Kerana cara ini juga boleh mengelakkan ketidakselesaan memancing terutama ketika hendak menukar umpan. Justeru, adalah baik untuk tidak mengganggu rakan pancing yang lain dengan memiliki bekas umpan sendiri. Cuma ais mestilah sentiasa berada pada tahap sejuk.

Satu perkara yang perlu diambil ingatan ialah umpan antara sotong dan ikan hendaklah diasingkan. Ini kerana kita tidak mahu kesan bau ini bersatu. Kelak ia akan menjejaskan minat spesies ikan karang di dasar laut.

Namun dalam apa juga keadaan, umpan paling baik dan digemari oleh semua spesies ikan ialah umpan hidup yang tentunya boleh dipancing dari unjam manakala sotong dicandat atau disauk pada waktu malam bulan gelap.

Umpan hidup seperti ini dijamin dapat memberi kejutan pada bila-bila masa saja apabila dilabuhkan. Namun begitu, harapan ini tidak semestinya menjadi kenyataan jika labuhan itu tidak mengena pada terumbu atau lubuk karang yang ada ikan. Untuk memastikan sasaran terbaik, sudah pastinya anda memerlukan alat pengesan.

Apa pun, langkah terbaik bagi mengekalkan tahap umpan sentiasa segar, peti sejuk hendaklah digunakan dan sotong atau ikan hendaklah dilambakkan dalam peti sejuk umpan dan kemudian ditutup dengan guni basah.

Oleh yang demikian, adalah baik jika pemancing mempunyai satu bekas umpan sendiri bagi menjimatkan masa memancing dan anda tidak berebut umpan. Cuma, anda tidak terlalu banyak mengambil umpan dari tong umpan utama. Kerana jika umpan diambil berulang kali dari tong utama, maka ini dibimbangi akan terjejas mutu dagingnya kerana tahap sejuknya tidak lagi maksimum.

Diharapkan petua kali ini menjadi dengan syarat setiap kaki pancing membawa tong kecil sendiri.

Persediaan Sebelum Memancing

1. Persiapan - Buatlah persiapan seperti ;peralatan memancing yang lengkap, Engin, Minyak Engin, Sauh serta buat ‘Perambut’ lebih awal.
2. Jaket Keselamatan - Untuk Keselamatan terutama pada tidak tahu berenang.
3. Bekalan M/Minum - Mengalas perut ketika memancing.
4. Rokok - (Bagi yang merokok) menjadi teman setia menanti umpan diragut.
5. Baju Hujan - Melindungi diri dari hujan.

6. Baju L/Panjang - Melindungi diri dari panas, gigitan nyamuk dan agas.
7. Topi - Tempat berteduh dari panas dan hujan.
8. Ubat-Ubatan - Untuk Kecemasan/ jika rasa kurang selesa.
9. Tali - Perbagai guna termasuk keselamatan.
10. Pisau/Parang - Banyak kegunaan / Keselamatan
11. Kain Buruk - Kegunaan perlu jika ingin menarik tali pancing yang tersangkut dan untuk dibuat lap tangan yang kotor dll.
12. Stokin Panjang - Mengelakkan gigitan serangga spt. Agas & nyumuk serta pancaran terik matahari.
13. Wisel - Untuk kecemasan (termasuk jika ingin memohon bantuan jika engin rosak)
14. Plastik Besar - Tempat meletak beg serta barang pancing jika hujan.
15. Polystrin/Air Batu - Tempat mengisi hasil tangkapan.
16. Lampu Suloh, Lampu Ayam & Ubat Nyumuk jika ingin memancing malam.
Persediaan ini telah lama diamalkan oleh ahli-ahli ATUR sebelum turun memancing dan telah menjadi ikutan rakan-rakan memancing yang lain. Peralatan diatas dirasa amat perlu sewaktu memancing dan ini sedikit sebanyak mengajar ahli-ahlinya tentang kata-kata ‘kalau nak memancing buat lah cara memancing’. Bila masing-masing mempunyai persediaan sendiri tentunya kita dapat memancing dalam keadaan selesa. Peralatan diatas akan dikurang/ditambah kiranya pihak kelab mengadakan XPDC didalam hutan selama 3 atau 4 hari termasuk:-

* Khemah
* Peralatan Memasak yang lengkap.
* Barangan Makanan yang ala-kadar kerana kami lebih memetingkan survival semasa berXPDC.
* Pakaian yang mudah kering.
* Kasut Getah memudahkan perjalanan didalam air.
* Kotak Ais Colemen.
* Mengikuti Jadual termasuk pengawasan serta memasak.

Peralatan dan persedian diatas lebih kepada kerjasama dan semangat berpasukan

Credit to Club ATUR

MEMANCING UDANG GALAH


Perkara utama, berbincanglah dengan rakan, tarikh, masa dan lubuk yang akan dituju untuk aktiviti memancing udang.(menaiki bot). Persiapan awal antaranya engin sangkut 4 – 15 kuasa kuda, pendayung, sauh, tali, membuat perambut awal, peralatan memancing yang dikira lengkap, tidak lupa jaket keselamatan dan jika ingin memancing malam jangan lupa lampu suluh dan '‘lampu kalimantan'’atau '‘lampu ayam'’ Umpan perlu dicari terutama cacing tanah atau anak udang(yang dibungkus dalam suratkabar dan disimpan didalam peti sejuk,bagi mempastikan kesegarannya).

Peralatan

* Joran dan Kekili untuk memancing udang biarlah jenis ringan. Joran halus sebaiknya dalam 4 1/2 kaki panjang dan Kekili tidaklah perlu besar.
* Tali Utama seeloknya antara 10 - 15 paun manakala perambut pula antara 6 – 8 paun.
* Saiz batu ladung kebiasaannya antara no: 5 – 6. Saiz batu ladung yang kecil boleh digunakan ketika arus sungai bergerak perlahan.
* Beberapa jenama mata kail kecil boleh digunakan tetapi biasanya ialah antara no: 7 – 10 menjadi pilihan utama. Adakalanya pemancing suka menggunakan mata kail buatan sendiri.

Umpan

Udang sebenarnya tidak memilih makanan/umpan, tetapi pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan dimata kail, antaranya cacing, perumpun, udang kecil, isi ikan. Namun pilihan utama tetap cacing tanah kerana berkaitan rapat dengan bentuk badannya dimata kail dan kesesuaian satu-satu lubuk udang tersebut.
Cara Memancing (dari atas sampan)

* Untuk memancing diatas sampan, paling sesuai dan selesa ialah 2 orang untuk sebuah sampan sepanjang 12 – 16 kaki.
* Lima batang joran seorang adalah bertepatan dan jika ada yang baru belajar mereka bolehlah bermula dengan 2 –3 batang dulu. Tidak menghairankan ada yang menggunakan lebih dari itu jika ia mampu mengawal kesemuanya.
* Susunan joran diatas sampan semasa memancing juga penting mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri.
* Melontar umpan sehingga umpan/batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian mengarau tali ibu dikekili sehingga tegang. Seterusnya diletakkan joran ditepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu.
* Jika sudah pasti udang telah menelan umpan(dgn. Melihat henjutan dihujung joran) lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali. Disinilah debaran dada si pemancing udang dapat dirasai dengan henjutan udang samada berjaya atau sebaliknya untuk didaratkan.

Makluman

* Isyarat udang memakan umpan adalah tidak sama mengikut keadaan.
* Kadang kala udang memakan umpan tanpa menunjukkan sebarang gerakan.
* Ada pula yang menyambar dengan kasar seperti ikan.
* Ada yang menarik umpan dengan keadaan separuh malu.
* Sambaran yang kecil dan perlahan tidak semestinya udang kecil dan sambaran yang kasar dan kuat tidak semestinya udang besar. (jangan terkejut) jawapan akan diketahui diseparuh perjalanan udang semasa hendak dinaikkan.

Mencari Lubuk

* Perhatikan kawasan yang mempunyai banyak makanan (buangan) serta kawasan yang senang udang bersembunyi.
* Kawasan berteluk berarus sederhana laju.
* Kawasan yang mudah tersangkut yang terdapat banyak ranting-ranting pokok serta akar-akar pokok didalam air.
* Memandangkan jadual air berubah setiap hari, kedudukan udang juga begitu, adakalanya udang galah suka bermain ditengah sungai terutama bila air bergerak sederhana laju.

Panduan

* Ketika memancing udang, sikap malas jangan diamalkan. Umpan perlu selalu diperiksa dimata kail. Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat, perlulah mengangkat joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah memperolehi udang.
* Jika selepas 15 minit masih tiada isyarat udang, ini bermakna kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu beredar ke tempat lain.
* Musim tengkujuh adalah musim yang tidak sesuai memancing udang kerana paras air yang terlalu tinggi, aliran air yang deras serta cuaca/air yang sejuk.
* Masa paling sesuai ialah ketika musim panas 4 –5 hari tanpa hujan, air sungai menjadi suam tika itu udang galah keluar mencari makan.
* Gangguan spt. Anak-anak ikan, dan sebagainya adalah cabaran dalam menahan kesabaran.
* Penggunaan sauh diperlukan jika ingin memancing ditengah sungai.
* Jika sungai kecil (hulu) tali boleh direntang didalam usaha mencari lubuk udang.

Peringatan

* Pertuturan harus dijaga.
* Elakkan membuang makanan spt. Daging dikawasan pancing udang.
* Mata dan telinga sentiasa berwaspada kerana kebiasaan lubuk udang dikongsi bersama oleh sang bedal.
* Sering memberi kerjasama sesama rakan-rakan.
* Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulillah.


"SELAMAT MEMANCING"

Credit to Club ATUR

Disclaimer

All pictures in this blog are property of Cyber Anglers. Written permission are required for the use of any publishing material within this site.